Sejarah U Mobile

Pada April 2007, U Telecom Media Holdings Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman perantauan domestik seluruh negara terulung di Malaysia yang memberi laluan kepada persetujaun dengan Celcom (M) Bhd, sekaligus membolehkan pelanggan U Mobile mengalami liputan seluruh negara mulai hari pertama di pasaran sementara U Mobile terus membentangkan perkhidmatan 3G mudah alih berkelajuan tinggi ke seluruh negara secara berperingkat [4]. Persetujuan ini lengkap pada Jun 2007.

Menjelang penghujung tahun 2007, U Mobile memulakan siaran percubaan dengan menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang membeli telefon bimbit Nokia N77.Pada Disember 2007, U Mobile mengumumkan bahawa dua buah pengendali komunikasi 3G terkemuka di dunia iaitu KT Freetel dan NTT DoCoMo bersama-sama melaburkan AS$200 juta (RM669 juta untuk memegang 33% saham U Mobile. Pengumuman ini mungkin merupakan salah satu urusniaga komunikasi mudah alih yang terpenting di Malaysia sehingga kini kerana kelihatan ada potensi hebat untuk menganjakkan model perniagaan industri telekomunikasi negara dari tumpuan pada liputan kepada tumpuan terhadap produk dan kandungan menerusi kemasukan pengetahuan dan kepakaran dari peneraju global.

Pada bulan Mac 2008, U Mobile melancarkan produk awam terulungnya iaitu Surf with U, iaitu pelan data sahaja untuk pengguna telefon mudah alih asalkan menerusi rangkaian mobil pacuan HSDPA yang disediakan U Mobile. Pada bulan seterusnya, U Mobile melancarkan perkhidmatan telekomunikasi mudah alihnya yang pertama, iaitu U38 plan pascabayar.[5] Pada bulan Julai pula, U Mobile memperkenalkan dua perkhidmatan mobil pascabayar seterusnya, iaitu U68 and U98, serta perkhidmatan prabayar 018 Prepaid.